Monday, February 21, 2011

Dayang Nurfaizah @ Anugerah Seri Angkasa 2010



Datuk Sharifah Aini, Dayang Nurfaizah dan penyanyi cilik, Crystal menutup tirai majlis Anugerah Seri Angkasa menerusi lagu Seri Dewi Malam.











Ka-booms!

Thursday, February 17, 2011

Dayang Nurfaizah & Roy Membuat Penghormatan Untuk Seniman Jins Shamsuddin dalam Imbauan 3 di Dewan Filharmonik Petronas



Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS (KSPP) dengan bangganya mempersembahkan Imbauan 3 di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC pada hari Isnin, 28 Februari dan Selasa 1 Mac 2011 pada pukul 8:30 malam.



Imbauan yang bermaksud "mengenang kembali" atau "mengingati semula", bakal mempersembahkan lagu-lagu malar segar yang digubah semula dan diberi sentuahn baru dalam bentuk simfonik orkestra oleh para penggubah dari KSPP.



Persembahan Imbauan 3 bakal diserikan oleh penampilan penyanyi Dayang Nurfaizah and Roy.



Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan dalam Imbauan 3 ialah Menanti Hari Esok, Sungguh Kau Istimewa, Gelombang, Esok Untuk Siapa, Wajah Rahsia Hati, Debu Di Hati, Dari Masa Hingga Masa, Arti Cinta, Bunga Tanjung dan Si Paku Lanang.



Lagu-lagu tersebut adalah dipetik dari filem-filem lakonan dan arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Imbauan 3 merupakan sebuah penghormatan kepada beliau yang memang tersohor di persada perfileman negara.



Tan Sri Jins Shamsuddin, seorang tokoh dunia perfileman Melayu yang tiada tolok banding, memulakan kariernya seawal tahun 1956 dengan Malay Filem Productions di Singapura. Kini beliau bergerak aktif dalam pelbagai kegiatan masyarakat. Untuk penglibatan tersebut, beliau telah dilantik sebagai Senator pada tahun 2005.



Persembahan Imbauan 3 ini adalah susulan kepada kejayaan Imbauan 1 pada tahun 2008 yang menampilkan penyanyi Dato' Khadijah Ibrahim, dan disusuli oleh Imbauan 2 yang mengimbau lagu-lagu nostalgia nyanyian Normadiah, pada tahun 2010, yang menampilkan penyanyi Azlina Aziz, Liza Aziz and Musly Ramlee.



Pemuzik-pemuzik KSPP bakal dipimpin oleh pengarah muzik Ahmad Muriz Che Rose manakala penerbit persembahan ialah Hartini Hj Abdullah.



Kepada peminat-peminat Dayang Nurfaizah khususnya, jangan lupa saksikan persembahan lagu-lagu nostalgia dari filem-filem Tan Sri Jins Shamsuddin hanya di DFP.



Apa? Imbauan 3

Di mana? Dewan Filharmonik Petronas, KLCC

Bila? 28 Feb & 1 March 2011 (8:30pm)

Berapa? RM 60/ 50/ 30/ 15


Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

New Message from Dayang Nurfaizah for Imbauan 3

Wednesday, February 9, 2011

Dayang Nurfaizah akan berduet dengan Sharifah Aini @ Anugerah Seri Angkasa 2010



Ha....Kita baru dapat berita dari RTM yang Dayang Nurfaizah akan berduet dengan Tok Pah di hari kedua Anugerah Seri Angkasa yang akan diadakan di PWTC pada 19 Feb 2011 ini. Best kan?

Antara artis lain yang akan membuat persembahan masa ASA2010
19 Februari 2011 ialah Azura & Fathil Hidayat(RTM), Fara Fauzana & FBI (Media Prima), Raja Azura & Khiril(Astro), Anuar Zain, Iqwal, Dayana, Petrus, Wani dan ramai lagi

Saksikan anugerah gilang-gemilang ini yang dipancarkan secara langsung dari PWTC di RTM1, TV9 and Astro Prima pada 8:30pm.

Wednesday, February 2, 2011

Audio: Tiga (Remix) - Dayang Nurfaizah

Tiga means three. No, she is not singing about the topic that Britney sings in 3.

In this song, Dayang disses her greedy two timing creep of a boyfriend. Dayang refuses to be trapped in the love triangle and decides to end the drama!

You go, girl!

Tiga is written by Audi Mok/Nur Fatima. I have no idea who did the remix this and what the remix is called. I found this version from the internet. Anyway, I love this version. Bouncy, dancey and filled with kickass beats!

ENJOY!


Related Posts with Thumbnails