Sunday, May 8, 2011

Album Dayang Nurfaizah - Sayang & Cahaya Kini Di Pasaran!



Kita merasa amat teruja kerana kita merupakan beberapa orang pertama di Malaysia yang berjaya mendapatkan album terbaru Dayang Nurfaizah - Sayang & Cahaya semalam.

Album studio kelapan Dayang Nurfaizah yang juga merupakan album terbitan syarikatnya sendiri iaitu DN &AD Entertainment Sdn. Bhd. ini menyaksikan gabungan sentuhan komposer baru dan lama ini telah berada di pasaran sekarang!



Peminat-peminat tegar Dayang Nurfaizah, datang dari dekat dan jauh untuk mendapatkan album tersebut dan berjumpa dengan Dayang Nurfaizah yang tampil untuk program "It Begins With You" sempena The International AIDS Memorial Day 2011 di Berjaya Times Square semalam.



Album ini memuatkan 12 lagu yang kebanyakannya berunsur R&B dan soul. Antaranya ialah Sayang, Rahsia Cinta, Sabarlah, Kau Bintangku, Stay, Sempurna Selamanya, Hingga Ke Akhirnya, Saat Itu, Life With You, Perlukan Cinta dan Ku Temu Cahaya.



Packaging CD pun sangat cantik. Inlay album dihiasi gambar-gambar yang cantik dan penuh stail. Photo album telah dihasilkan oleh jurugambar tersohor, Bustamam.



Dayang Nurfaizah nampak begitu anggun sekali dengan mengenakan busana dari Rizalman dan berlatarbelakangkan keindahan semulajadi di Belum Rainforest Resort di negeri Perak.



Dalam album ini, Dayang berduet bersama dua penyanyi popular Indonesia, Marcell serta Tompi menerusi lagu Sayang dan Perlukan Cinta.



Album ini juga memuatkan versi terkini lagu Mulanya Di Sini yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Freedom.



Album ini telah menjadi playlist favourite kami dan diputarkan tanpa henti sejak semalam. Heheh! Memang terbaik!



Kepada semua peminat-peminat Dayang Nurfaizah, dapatkan album Sayang & Cahaya di kedai muzik berdekatan anda SEKARANG!

Related Posts with Thumbnails