Dayang Nurfaizah membuat persembahan di malam penutup Malaysia International Fashion week dengan lagu "I Will Survive".
Monday, November 8, 2010
Dayang Nurfaizah @ M-IFW 2010 Grand Closing
Friday, November 5, 2010
Dayang Nurfaizah @ The Launch of the MAC Winter/Holiday Collection – A Tartan Tale
Hari yang sama. Baju pun yang sama. Tapi waktu dan tempat berbeza dengan blog post sebelum ini.
My lucky day kot, dapat jumpa Dayang dua kali dalam satu hari! Heheh!
Kali ini, Dayang Nurfaizah telah menjadi selebriti jemputan untuk pelancaran koleksi make-up MAC untuk musim sejuk, bertema A Tartan Tale di KLCC semalam.
Ruang legar di KLCC penuh sesak dengan para jemputan selebriti dan media. Makanan dan minuman pulak dibawakan oleh sebarisan jejaka hunks. Hahah!
Dayang kena interview. Bila album nak keluar nih?
Dayang Nurfaizah dan Winnie K.
Dayang Nurfaizah dan Umie Aida.
Dayang Nurfaizah dan Nita (Malaysian Idol Season 2 Finalist)
Eh! Mamat ni pun ada? Hahah!
Tak sempat nak suruh Fahrin Ahmad bergambar dengan Dayang. Next time jer la! :)
Thursday, November 4, 2010
Gambar Cover Album Sayang - Dayang Nurfaizah
Ha...Ini dia gambar yang akan dijadikan kulit CD Album Sayang dari diva R&B negara, Dayang Nurfaizah.
Saya sempat menemui Dayang Nurfaizah di BUSTAMAM'S ICONIC FACES MIFA EXHIBITION petang tadi. Menurut Dayang, gambar tersebut diambil oleh jurufoto fesyen tersohor di Malaysia, Bustamam Mokhtar.
Gambar Dayang Nurfaizah turut dipamerkan bersama gambar-gambar artis lain seperti Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Sheila Majid, Anita Sarawak dan lain-lain di ruang legar Pavilion sempena Malaysia International Fashion Week (M-IFW).
Cantik tak Dayang pakai daun? Hahah! Just kidding!
Apa komen anda dengan gambar cover tersebut?
Monday, November 1, 2010
Flash Back: Dayang Nurfaizah @ International AIDS Memorial Day, Masjid Wilayah



Click HERE for full story and video of the event.
Monday, October 25, 2010
Dayang Nurfaizah @ Malam Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-23 @ SACC
Dayang Nurfaizah dan Lah Ahmad berduet lagu "Tanda Kasih" sebagai tribute untuk Seniman Allahyarham Dato' Ahmad Mahmud.
Persembahan yang mantap. Best show of the night. :)
Joget, Dayang Joget! LOL!
The original song was taken from the filem "Isi Neraka" by Ahmad Mahmud and Rahmah Rahmat. Listen to it HERE.
"Kalau hati sudah suka. Semua indah saja. Itukah tanda bunga kasih bermula di dalam jiwa....."
Memang benar kata dinda. Berkasih ada tanda. Tetapi hati mana sanggup merana sepanjang masa....
The song was also covered by Hail Amir and Uji Rashid - but that version is too disco-ey for my liking...Heheh!
Take a bow!
Dayang didn't stay on for the post party for FFM. I will be posting some pics from the red carpet and winners in my other blog. Please feel free to check them out at http://runwitme.blogspot.com
Thursday, October 21, 2010
Dayang Nurfaizah @ Malam Perasmian Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-23 @ e-Curve
Dayang tampil di Malam Perasmian Festival Filem Malaysia ke-23 yang dilangsungkan di e-Curve semalam dengan satu lagu, Malam Bulan Dipagar Bintang dari album Kasih.
Dah lama tak dengar lagu tu...Memang sesuai sungguh untuk Malam Perasmian FFM tu sebab banyak bintang-bintang yang lip-lap lip-lap. Hahah!
Tak sempat pulak nak chit-chat dengan DN sebab dia bergegas untuk show undangan kahwin.... Bukan Dayang nak kahwin...Heheh!
Tak sabar nak tengok Dayang nyanyi lagi di pentas Malam anugerah FFM ke-23 di SACC pada 24 Oct 2010 nanti. :)
Thursday, October 14, 2010
Dayang Nurfaizah @ Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23
Diva R&B negara, Dayang Nurfaizah akan menyerikan lagi Malam Perasmian dan Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 ini dengan persembahan yang mantap lagi mempersonakan.
Malam Perasmian FFM yang akan diadakan di Centre Atrium, e-Curve, Mutiara Damansara pada 20 Okt 2010 akan menyaksikan persembahan dari Dayang Nurfaizah membawakan lagu-lagu filem dari tahun 80an, 90an dan kini bersama teman artis lain seperti Zehra Zamry, Hafiz AF7 dan One Nation Emcee. Majlis dijangka bermula pada jam 8:15pm dan akan dihoskan oleh Nurul Alis. Majlis ini dibuka kepada orang ramai.
Pada Malam Anugerah FFM pula, Dayang Nurfaizah akan bergandingan dengan Lah Ahmad dalam segmen ketiga acara malam gilang-gemilang tersebut. Mereka berdua akan membawakan lagu, Tanda Kasih.
Malam Anugerah akan dilangsungkan di Shah Alam Convention Centre pada jam 8:00 malam pada 24 Okt 2010.
Antara artis lain yang akan turut membuat persembahan adalah Mawi, Diana Danielle (Tema Magika), Farah Asyikin dan Lan Typewriter.
Siaran langsung akam bermula pada puluk 8:30mlm hingga 10:30mlm di TV1 RTM. Jangan lupa saksikan Dayang Nurfaizah dan pelakon-pelakon kesayangan anda yang lain di FFM 2010!
Sunday, October 10, 2010
Flash Back: Dayang Nurfaizah @ The Red Carnival for World AIDS Day 2009

Dayang has been appointed a Red Ribbon Support Celebrity by the Malaysian Aids Council to spread the awareness of HIV and to help stop the stigma and discrimination.
Dayang Nurfaizah made her appearance at The Red Carnival - World AIDS Day @ Sg. Wang Plaza, 28 Nov 2009.
She's "Addicted to Glamour" or that's what her T-shirt says. Heheh!

She performed a couple of songs at the Red Carvival including this amazing version of R. Kelly's inspirational number, I Believe I Can Fly.
ENJOY!
Monday, October 4, 2010
Dayang Nurfaizah @ Malaysia International Golf Fair 2010, PWTC
Semalam kita bergegas dari Rumah Terbuka Aidilfitri KL Tower ke PWTC untuk Malaysia International Golf Fair.
Bukan minat sangat golf tapi sebab ada Dayang...Dah hampir sebulan kita tak bersua dengan Dayang Nurfaizah. Kita pun excited sikitlah nak ke PWTC.....Heheh!
Terimalah gambar-gambar terbaru Dayang Nurfaizah.
Nak main golf dengan Dayang tak?














































