Wednesday, July 20, 2011

Ucapan Happy Birthday Dari Rakan Selebriti Dayang Nurfaizah

Susah nak tangkap selebriti-selebriti untuk buat ucapan ni...Tapi dengan usaha gigih kami, kita dapat Marcell, Lok U, Mas Idayu, Afdlin Shauki, Liang, Jaclyn Victor dan Sheila Majid untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Diva R&B Negara, Dayang Nurfaizah. :D



P/S: Birthday Dayang hari ini tau. (20 Julai). Mari kita serang Facebook Fan Page DN dengan ucapan Happy Birthday!

Tuesday, July 19, 2011

Happy Birthday Dayang Nurfaizah!



Selamat Hari Jadi, Dayang!

Ha...Kalau nak tahu hari jadi ke-berapa Dayang, cuba tengok jari-jarinya tu. Heheh!

Sebenarnya hari jadi Dayang jatuh pada hari esok, 20 Julai, tetapi kami, fans Dayang telah membuat satu parti kejutan untuk Dayang pada Ahad lalu bertempat di Red Box Gardens....

Dengan bantuan pihak pengurusan DN, kami telah berpakat untuk membuat sambutan hari jadi Dayang tanpa pengetahuan Dayang. Dayang telah "ditipu" ke Red Box atas alasan dia telah dipilih untuk menghakimi pertandingan karaoke. Masuk sahaja Dayang ke bilik Red Box, kami semua menyerbunya dengan ucapan "SURPRISE!"

Terkejut besar dia. Hahah!

Temanya hijau dan hitam. Hijau seperti cover album Sayang & Cahaya dan hitam sebab itu adalah warna kegemaran Dayang.



Kek coklat Sayang & Cahaya....Yum!



Sukanya dia....



Bersama ayah dan ibu tersayang.



Kejutan dari Anuar Zain, yang tiba-tiba hadir di majlis sambli menyanyikan lagu Happy Birthday.



Duet impromptu "Kembalilah Sayang" atas permintaan ramai. Tonton videonya DI SINI.



Peminat-peminat Dayang & Anuar yang sungguh bertuah dapat menyaksikan "show" spontan! Bila lagi mereka berdua nak buat konsert duet besar-besaran? Mesti meletup, kan?



One for the album...HAPPY BIRTHDAY DAYANG! Semoga murah rezeki, panjang umur dan sukses selalu!

Saturday, July 16, 2011

Dayang Nurfaizah & Marcell Win Best Collaboration for Sayang in Anugerah Planet Muzik 2011

Message from Dayang on her FB after winning the award:

Alhamdulillah, SAYANG won APM award for best collaboration. I am very thankful to the jury for this award. Thank you to all my fans for their loyal support.
Thank you to Omar K & Nur Iman for the beautiful song. Thank you to Marcell for the amazing collaboration. This is a great start for SAYANG&CAHAYA.
I will always give my fans the best when it comes to my music.
DAYANG SAYANG KAMU!!!

Monday, July 4, 2011

Setlist: Dayang Nurfaizah Sayang & Cahaya Showcase @ Hard Rock Cafe, KL 2 July 2011



1. Sayang

2. Mulanya Di Sini

3. Saat itu

4. Life With You

5. Sempurna Selamanya

6. Kembalilah Sayang/ Mana Mungkin/ Pintaku Terakhir

7. Rahsia Cinta

8. California Gurls/ Forget You

9. Sabarlah

10. Perlukan Cinta

11. Hilang/ Aku Rindu, Aku Jemu/ Seandainya Masih Ada Cinta

12. Ku Temu Cahaya

Saturday, July 2, 2011

Dayang Nurfaizah @ Festival Muzik Kuala Lumpur, Istana Budaya



Dayang Nurfaizah mempersembahkan tiga buah lagu di Istana Budaya semalam di Konsert Kembara Muzik...Klasik ke Kontemporari bersempena Festival Muzik KL anjuran Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan dan Kementerian Pelancongan.

Kau Pergi Jua, Kasih dan Seandainya Masih Ada Cinta mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Memang best!



Selain dari Dayang, artis-artis lain yang membuat persembahan ialah Aizat, Dato Khadijah Ibrahim dan One Nation Emcee.



Tabik Spring. Hahah!


















Sunday, June 12, 2011

Dayang Nurfaizah - Sayang & Cahaya Showcase @ Hard Rock Cafe, KL



What? SAYANG & CAHAYA SHOWCASE - IN COLLABORATION WITH MAYBANK & IN SUPPORT OF MALAYSIAN AIDS COUNCIL (MAC)

When? 2 JULY 2011, 4PM

Where? HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR

How much? RM50 per ticket. Tickets can be purchased at HRC KL now. Call 03 2715 5555 for further info.

We heard, there will be a red mocktail on the day called Sayang & Cahaya, proceeds will go to MAC. Please support, thank you. A bunch of us fans are going to wear green (the colour of DN album cover) for the event....Please join us!

Jom kita party with Dayang at HRC! Check out the sneak peek below!


Wednesday, June 8, 2011

Dayang Nurfaizah Dicalonkan dalam Kolaborasi Terbaik untuk Anugerah Planet Muzik 2011



Dayang Nurfaizah & Marcell akan berentap dengan Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti dan ramai lagi dalam kategori Kolaborasi Terbaik untuk sebuah lagu. Semua calon-calon untuk Anugerah Planet Muzik telah diumumkan di sidang media di Hard Rock Cafe sebentar tadi.



Keputusan akan diumumkan pada malam anugerah yang bakal berlangsung di Max Pavilion, Expo Singapura pada malam Jumaat 15 Julai.





GOOD LUCK DAYANG!

Starchat Bersama Dayang Nurfaizah



Buat peminat Dayang Nurfaizah sesi Star Chat bersamanya akan bermula pada jam 9 malam, 8 Jun 2011.

Sertai sesi Star Chat bersama penyanyi ini di www.gua.com.my/starchat

Saturday, June 4, 2011

Follow Dayang Nurfaizah on Twitter!



Wah!.....Dayang dah ada Twitter account sekarang. Tunggu apa lagi, jom follow ramai-ramai! :D

To follow Dayang Nurfaizah, click HERE.

Related Posts with Thumbnails