Monday, July 4, 2011

Setlist: Dayang Nurfaizah Sayang & Cahaya Showcase @ Hard Rock Cafe, KL 2 July 2011



1. Sayang

2. Mulanya Di Sini

3. Saat itu

4. Life With You

5. Sempurna Selamanya

6. Kembalilah Sayang/ Mana Mungkin/ Pintaku Terakhir

7. Rahsia Cinta

8. California Gurls/ Forget You

9. Sabarlah

10. Perlukan Cinta

11. Hilang/ Aku Rindu, Aku Jemu/ Seandainya Masih Ada Cinta

12. Ku Temu Cahaya

Saturday, July 2, 2011

Dayang Nurfaizah @ Festival Muzik Kuala Lumpur, Istana Budaya



Dayang Nurfaizah mempersembahkan tiga buah lagu di Istana Budaya semalam di Konsert Kembara Muzik...Klasik ke Kontemporari bersempena Festival Muzik KL anjuran Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan dan Kementerian Pelancongan.

Kau Pergi Jua, Kasih dan Seandainya Masih Ada Cinta mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Memang best!



Selain dari Dayang, artis-artis lain yang membuat persembahan ialah Aizat, Dato Khadijah Ibrahim dan One Nation Emcee.



Tabik Spring. Hahah!


















Sunday, June 12, 2011

Dayang Nurfaizah - Sayang & Cahaya Showcase @ Hard Rock Cafe, KL



What? SAYANG & CAHAYA SHOWCASE - IN COLLABORATION WITH MAYBANK & IN SUPPORT OF MALAYSIAN AIDS COUNCIL (MAC)

When? 2 JULY 2011, 4PM

Where? HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR

How much? RM50 per ticket. Tickets can be purchased at HRC KL now. Call 03 2715 5555 for further info.

We heard, there will be a red mocktail on the day called Sayang & Cahaya, proceeds will go to MAC. Please support, thank you. A bunch of us fans are going to wear green (the colour of DN album cover) for the event....Please join us!

Jom kita party with Dayang at HRC! Check out the sneak peek below!


Wednesday, June 8, 2011

Dayang Nurfaizah Dicalonkan dalam Kolaborasi Terbaik untuk Anugerah Planet Muzik 2011



Dayang Nurfaizah & Marcell akan berentap dengan Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti dan ramai lagi dalam kategori Kolaborasi Terbaik untuk sebuah lagu. Semua calon-calon untuk Anugerah Planet Muzik telah diumumkan di sidang media di Hard Rock Cafe sebentar tadi.



Keputusan akan diumumkan pada malam anugerah yang bakal berlangsung di Max Pavilion, Expo Singapura pada malam Jumaat 15 Julai.





GOOD LUCK DAYANG!

Starchat Bersama Dayang Nurfaizah



Buat peminat Dayang Nurfaizah sesi Star Chat bersamanya akan bermula pada jam 9 malam, 8 Jun 2011.

Sertai sesi Star Chat bersama penyanyi ini di www.gua.com.my/starchat

Saturday, June 4, 2011

Follow Dayang Nurfaizah on Twitter!



Wah!.....Dayang dah ada Twitter account sekarang. Tunggu apa lagi, jom follow ramai-ramai! :D

To follow Dayang Nurfaizah, click HERE.

Sunday, May 8, 2011

Album Dayang Nurfaizah - Sayang & Cahaya Kini Di Pasaran!



Kita merasa amat teruja kerana kita merupakan beberapa orang pertama di Malaysia yang berjaya mendapatkan album terbaru Dayang Nurfaizah - Sayang & Cahaya semalam.

Album studio kelapan Dayang Nurfaizah yang juga merupakan album terbitan syarikatnya sendiri iaitu DN &AD Entertainment Sdn. Bhd. ini menyaksikan gabungan sentuhan komposer baru dan lama ini telah berada di pasaran sekarang!



Peminat-peminat tegar Dayang Nurfaizah, datang dari dekat dan jauh untuk mendapatkan album tersebut dan berjumpa dengan Dayang Nurfaizah yang tampil untuk program "It Begins With You" sempena The International AIDS Memorial Day 2011 di Berjaya Times Square semalam.



Album ini memuatkan 12 lagu yang kebanyakannya berunsur R&B dan soul. Antaranya ialah Sayang, Rahsia Cinta, Sabarlah, Kau Bintangku, Stay, Sempurna Selamanya, Hingga Ke Akhirnya, Saat Itu, Life With You, Perlukan Cinta dan Ku Temu Cahaya.



Packaging CD pun sangat cantik. Inlay album dihiasi gambar-gambar yang cantik dan penuh stail. Photo album telah dihasilkan oleh jurugambar tersohor, Bustamam.



Dayang Nurfaizah nampak begitu anggun sekali dengan mengenakan busana dari Rizalman dan berlatarbelakangkan keindahan semulajadi di Belum Rainforest Resort di negeri Perak.



Dalam album ini, Dayang berduet bersama dua penyanyi popular Indonesia, Marcell serta Tompi menerusi lagu Sayang dan Perlukan Cinta.



Album ini juga memuatkan versi terkini lagu Mulanya Di Sini yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Freedom.



Album ini telah menjadi playlist favourite kami dan diputarkan tanpa henti sejak semalam. Heheh! Memang terbaik!



Kepada semua peminat-peminat Dayang Nurfaizah, dapatkan album Sayang & Cahaya di kedai muzik berdekatan anda SEKARANG!

Thursday, April 28, 2011

Exclusive Preview of Dayang Nurfaizah New Album - Sayang & Cahaya

Woit! Dah tak sabar ni.....Dayang Nurfaizah new CD will be released soon! Hear the preview of all the songs in Sayang & Cahaya...


Best tak?

Related Posts with Thumbnails