Sunday, November 20, 2011

Dayang Nurfaizah Showcase @ Merdeka Palace Hotel, Kuching



7 DECEMBER 9PM - SPECIAL SHOWCASE @ VICTORIA ARMS (MERDEKA PALACE HOTEL KUCHING). RM50 nett (includes one drink). Tickets can be purchased now!

10 DECEMBER 2PM - AN AFTERNOON WITH DAYANG @ BALAI MERDEKA (MERDEKA PALACE HOTEL KUCHING). RM65++ (includes Hi-Tea)
...

Call 082-258000 ext 8063/8043 for more info.

Friday, October 7, 2011

Beyonce jelmaan Dayang Nurfaizah?

Terima kasih kepada majalah Wanita & Wawasan (WW) Oktober, kita dapat melihat Dayang menjelma menjadi idolanya Beyonce Knowles. Dayang memang sudah lama mendapat nama jolokan Beyonce Malaysia dari peminat-peminatnya. Bukannya dia perasan syok sendiri ya. Heheh!

WW menampilkan 4 look ala Beyonce hasil solekan make-up artis terkemuka Khir Khalid. Cantik tak?









Jangan lupa dapatkan WW Oktober di pasaran ya!

Saturday, August 27, 2011

Shopping Raya di Sogo, KL Bersama Dayang Nurfaizah



Baru-baru ini kami "terserempak" dengan Dayang Nurfaizah semasa dia tengah bershopping raya dekat Sogo, KL. Heheh! Actually, kita berada di Sogo untuk assignment bersama Amy Mastura.

Lepas assignment pun lepak-lepak kat Sogo tengok barang-barang on Sale. Tup-tup dapat pulak sms dari kawan yang kerja kat Sogo yang Dayang tengah on the way nak shopping kat sana. So, kita pun tunggulah macam paparazzi. Heheh!



Dayang sampai ke Sogo dengan mak, adik dan sorang anak buahnya. Sempoi jer. Tanpa membuang masa Dayang dan mak Dayang pun menyerbu kaunter beg-beg tangan. Heheh!



Ada pulak fans yang sempat menyerbu Dayang untuk bergambar dengannya. Heheh!



Lepas beli beg..nak beli baju raya pulak....



Ish...mana satu nak pilih ni?? Semua cantik-cantik...Heheh!




Menurut Dayang, dia suka shopping kat Sogo sebab barangannya berkualiti dan harganya berpatutan. Kami rasa beribu-rubu pelanggan Sogo pun bersetuju dengan Dayang, kan?




Cuba tengok apa lagi yang Dayang beli kat Sogo? Heheh! Puting susu!



FYI. Puting tu bukan untuk Dayang. Tapi untuk si comel ni! Zara namanya. Anak buah kesayangan Dayang.



Thank you to Dayang sebab membenarkan kita menjadi "entourage"nya bershopping di Sogo. Heheh!


FYI, Dayang telah pulang untuk cuti raya 22 Ogos lalu. Dayang akan berada di Kuching sehingga pertengahan bulan September! Wah...panjangnya cuti raya!

Selamat Hari Raya Dayang!

Sunday, July 31, 2011

Dayang Nurfaizah, Siti Nurhaliza, Lan Typewriter, Saiful Apek & Sepah @ Gegar Raya Kampung Pening Lalat RTM



Sudah lama Dayang Nurfaizah tidak digandingkan dengan Siti Nurhaliza di rancangan RTM. Kalau tidak salah, kali terakhir mereka berdua muncul di RTM adalah untuk rancangan Fenomena Raya tahun 2005. Sila klik untuk FULL STORY.



Rakaman Konsert Gegar Raya Kampung Pening Lalat yang berlangsung di Auditorium Perdana RTM semalam menyaksikan Dayang Nurfaizah menjadi tetamu undangan Siti Nurhaliza untuk rancangan raya tersebut.



Dayang tampil anggun dan seksi dalam kebaya rekaan Rizalman ketika mendendangkan lagi raya Setahun Sekali yang pernah dipopularkan oleh Amy Mastura.





Persembahan Dayang memang mantap tapi kami rasa penari-penari latar tuh macam tak sesuai dengan tema lagi raya. Baju merah dengan skaf lanun...Ish! Tak match langsung! Heheh!



Dayang kembali ke pentas dengan baju kaftan oren rekaan Rizalman juga untuk lagu Saat Itu yang dipetik dari album terbarunya, Sayang & Cahaya.



kalau nak tengok Beyonce pakai jubah kaftan...Inilah dia...Heheh!





Paduan suara tiga arah yang MELETOP dari Siti, Lan dan Dayang. If you have time to watch just only one song for this program, this is it! They sang a medley of Jeritan Batinku and Merisik Khabar. Phew! Best giler! Heheh!



Bergambar bersama abang-abang askar Wataniah selepas rakaman.



Jangan lupa tonton rancangan Gegar Raya Kampung Pening Lalat di RTM nanti ya!

Wednesday, July 20, 2011

Ucapan Happy Birthday Dari Rakan Selebriti Dayang Nurfaizah

Susah nak tangkap selebriti-selebriti untuk buat ucapan ni...Tapi dengan usaha gigih kami, kita dapat Marcell, Lok U, Mas Idayu, Afdlin Shauki, Liang, Jaclyn Victor dan Sheila Majid untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Diva R&B Negara, Dayang Nurfaizah. :D



P/S: Birthday Dayang hari ini tau. (20 Julai). Mari kita serang Facebook Fan Page DN dengan ucapan Happy Birthday!

Tuesday, July 19, 2011

Happy Birthday Dayang Nurfaizah!



Selamat Hari Jadi, Dayang!

Ha...Kalau nak tahu hari jadi ke-berapa Dayang, cuba tengok jari-jarinya tu. Heheh!

Sebenarnya hari jadi Dayang jatuh pada hari esok, 20 Julai, tetapi kami, fans Dayang telah membuat satu parti kejutan untuk Dayang pada Ahad lalu bertempat di Red Box Gardens....

Dengan bantuan pihak pengurusan DN, kami telah berpakat untuk membuat sambutan hari jadi Dayang tanpa pengetahuan Dayang. Dayang telah "ditipu" ke Red Box atas alasan dia telah dipilih untuk menghakimi pertandingan karaoke. Masuk sahaja Dayang ke bilik Red Box, kami semua menyerbunya dengan ucapan "SURPRISE!"

Terkejut besar dia. Hahah!

Temanya hijau dan hitam. Hijau seperti cover album Sayang & Cahaya dan hitam sebab itu adalah warna kegemaran Dayang.



Kek coklat Sayang & Cahaya....Yum!



Sukanya dia....



Bersama ayah dan ibu tersayang.



Kejutan dari Anuar Zain, yang tiba-tiba hadir di majlis sambli menyanyikan lagu Happy Birthday.



Duet impromptu "Kembalilah Sayang" atas permintaan ramai. Tonton videonya DI SINI.



Peminat-peminat Dayang & Anuar yang sungguh bertuah dapat menyaksikan "show" spontan! Bila lagi mereka berdua nak buat konsert duet besar-besaran? Mesti meletup, kan?



One for the album...HAPPY BIRTHDAY DAYANG! Semoga murah rezeki, panjang umur dan sukses selalu!

Saturday, July 16, 2011

Dayang Nurfaizah & Marcell Win Best Collaboration for Sayang in Anugerah Planet Muzik 2011

Message from Dayang on her FB after winning the award:

Alhamdulillah, SAYANG won APM award for best collaboration. I am very thankful to the jury for this award. Thank you to all my fans for their loyal support.
Thank you to Omar K & Nur Iman for the beautiful song. Thank you to Marcell for the amazing collaboration. This is a great start for SAYANG&CAHAYA.
I will always give my fans the best when it comes to my music.
DAYANG SAYANG KAMU!!!

Monday, July 4, 2011

Setlist: Dayang Nurfaizah Sayang & Cahaya Showcase @ Hard Rock Cafe, KL 2 July 2011



1. Sayang

2. Mulanya Di Sini

3. Saat itu

4. Life With You

5. Sempurna Selamanya

6. Kembalilah Sayang/ Mana Mungkin/ Pintaku Terakhir

7. Rahsia Cinta

8. California Gurls/ Forget You

9. Sabarlah

10. Perlukan Cinta

11. Hilang/ Aku Rindu, Aku Jemu/ Seandainya Masih Ada Cinta

12. Ku Temu Cahaya

Saturday, July 2, 2011

Dayang Nurfaizah @ Festival Muzik Kuala Lumpur, Istana Budaya



Dayang Nurfaizah mempersembahkan tiga buah lagu di Istana Budaya semalam di Konsert Kembara Muzik...Klasik ke Kontemporari bersempena Festival Muzik KL anjuran Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan dan Kementerian Pelancongan.

Kau Pergi Jua, Kasih dan Seandainya Masih Ada Cinta mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Memang best!



Selain dari Dayang, artis-artis lain yang membuat persembahan ialah Aizat, Dato Khadijah Ibrahim dan One Nation Emcee.



Tabik Spring. Hahah!


















Related Posts with Thumbnails