
Rawk!
Saya terserempak dengan Dayang Nurfaizah semasa menghadiri Konsert Ella di Istana Budaya, malam Khamis lepas. (1 Julai). Masa tu Dayang tengah sibuk melayan peminat-peminat yang hendak bergambar dengan beliau. Kita pun tumpang sekaki la. Heheh!

Saya sempat bersembang dengan Dayang sementara menunggu pintu dewan konsert dibuka.

Dayang tengah sibuk dengan aktiviti Mentor 4. Maklumlah...dah masuk final, kan? Dayang terpaksa pergi rehearsal untuk Mentor 4 selepas konsert. Malam-malam pun kena buat rehearsal jugak. Kesian....

Kepada peminat-peminat Dayang, tolong undi Adi untuk juara Mentor 4 Ahad ini. Julai 4. Berikan sokongan anda kepada Dayang Nurfaizah dan protegenya, Adi.

Next concert, Dayang? Jumpa di Konsert Usher @ Stadium Bukit Jalil ya. :)
Untuk review dan gambar-gambar dari Konsert Ella, sila klik DI SINI.
No comments:
Post a Comment