
Inquiries / Ticket Booking
016-5855 226/ 016-8035 242/016-8392 039
BORNEORAMA/KHAI/MADONNA
Selepas sidang media Iyaz untuk Shout Awards di KL Hilton, saya terpaksa bergegas ke KL Sentral untuk menyaksikan persembahan Dayang Nurfaizah di Kl Sentral.
Acara ini anjuran Mingguan Malaysia untuk mempromosikan Pencarian One Drop Perfumes Citra Wanita, di mana pencarian ini khususnya untuk wanita bekerjaya dengan personaliti menarik bersesuaian dengan ruangan Citra Wanita yang seringkali mengetengahkan personaliti wanita Malaysia.
Seramai 10 finalis Pencarian Citra Wanita One Drop Perfumes juga berada di KL Sentral untuk berdepan dengan cabaran apabila mereka dikehendaki menjual minyak wangi jenama tersebut kepada orang ramai. Sorry...gambar tak ada. :(
Dayang Nurfaizah membawakan lagu Mulanya Di Sini yang dipetik dari album terbarunya yang khabarnya akan dilancarkan pada Disember ini.
Dayang Nurfaizah membuat persembahan di malam penutup Malaysia International Fashion week dengan lagu "I Will Survive".
Hari yang sama. Baju pun yang sama. Tapi waktu dan tempat berbeza dengan blog post sebelum ini.
My lucky day kot, dapat jumpa Dayang dua kali dalam satu hari! Heheh!
Kali ini, Dayang Nurfaizah telah menjadi selebriti jemputan untuk pelancaran koleksi make-up MAC untuk musim sejuk, bertema A Tartan Tale di KLCC semalam.
Ruang legar di KLCC penuh sesak dengan para jemputan selebriti dan media. Makanan dan minuman pulak dibawakan oleh sebarisan jejaka hunks. Hahah!
Dayang kena interview. Bila album nak keluar nih?
Dayang Nurfaizah dan Winnie K.
Dayang Nurfaizah dan Umie Aida.
Dayang Nurfaizah dan Nita (Malaysian Idol Season 2 Finalist)
Eh! Mamat ni pun ada? Hahah!
Tak sempat nak suruh Fahrin Ahmad bergambar dengan Dayang. Next time jer la! :)
Ha...Ini dia gambar yang akan dijadikan kulit CD Album Sayang dari diva R&B negara, Dayang Nurfaizah.
Saya sempat menemui Dayang Nurfaizah di BUSTAMAM'S ICONIC FACES MIFA EXHIBITION petang tadi. Menurut Dayang, gambar tersebut diambil oleh jurufoto fesyen tersohor di Malaysia, Bustamam Mokhtar.
Gambar Dayang Nurfaizah turut dipamerkan bersama gambar-gambar artis lain seperti Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Sheila Majid, Anita Sarawak dan lain-lain di ruang legar Pavilion sempena Malaysia International Fashion Week (M-IFW).
Cantik tak Dayang pakai daun? Hahah! Just kidding!
Apa komen anda dengan gambar cover tersebut?
Please note that this is a PERSONAL fan blog for Dayang Nurfaizah, and views expressed here are of a personal nature and do not reflect that of Dayang Nurfaizah or her management.
Songs, videos and some articles posted here are for promotional purpose only and not intend to infringe anyone's copyrights. If there are some materials related to you that you want it to be removed from here, please contact me and I will apologize and remove it as soon as possible.
Most of the photos and videos were taken by me and being a realistic practical internet users, I myself is not too fussy on the copyrights but it will be very much appreciated if you link your grab to the original post here in my blog. Free promo maybe? Heheh.....
For those wishing to leave a comment, any remarks posted that are obscene, blasphemous, racial or overtly threatening, including the use of partial words or phrases where the intent is clearly offensive, will be removed immediately.
Such comments could also render the person posting them liable to legal action or prosecution.