Monday, November 22, 2010

Dayang Nurfaizah @ Pencarian One Drop Perfumes Citra Wanita, KL Sentral



Selepas sidang media Iyaz untuk Shout Awards di KL Hilton, saya terpaksa bergegas ke KL Sentral untuk menyaksikan persembahan Dayang Nurfaizah di Kl Sentral.

Nasib baik dekat. Heheh!



Acara ini anjuran Mingguan Malaysia untuk mempromosikan Pencarian One Drop Perfumes Citra Wanita, di mana pencarian ini khususnya untuk wanita bekerjaya dengan personaliti menarik bersesuaian dengan ruangan Citra Wanita yang seringkali mengetengahkan personaliti wanita Malaysia.



Seramai 10 finalis Pencarian Citra Wanita One Drop Perfumes juga berada di KL Sentral untuk berdepan dengan cabaran apabila mereka dikehendaki menjual minyak wangi jenama tersebut kepada orang ramai. Sorry...gambar tak ada. :(



Dayang Nurfaizah membawakan lagu Mulanya Di Sini yang dipetik dari album terbarunya yang khabarnya akan dilancarkan pada Disember ini.



Sama-sama menjejak mimpi...



Eh...Nubhan pun ada? :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails