Thursday, February 17, 2011

Dayang Nurfaizah & Roy Membuat Penghormatan Untuk Seniman Jins Shamsuddin dalam Imbauan 3 di Dewan Filharmonik Petronas



Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS (KSPP) dengan bangganya mempersembahkan Imbauan 3 di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC pada hari Isnin, 28 Februari dan Selasa 1 Mac 2011 pada pukul 8:30 malam.



Imbauan yang bermaksud "mengenang kembali" atau "mengingati semula", bakal mempersembahkan lagu-lagu malar segar yang digubah semula dan diberi sentuahn baru dalam bentuk simfonik orkestra oleh para penggubah dari KSPP.



Persembahan Imbauan 3 bakal diserikan oleh penampilan penyanyi Dayang Nurfaizah and Roy.



Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan dalam Imbauan 3 ialah Menanti Hari Esok, Sungguh Kau Istimewa, Gelombang, Esok Untuk Siapa, Wajah Rahsia Hati, Debu Di Hati, Dari Masa Hingga Masa, Arti Cinta, Bunga Tanjung dan Si Paku Lanang.



Lagu-lagu tersebut adalah dipetik dari filem-filem lakonan dan arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Imbauan 3 merupakan sebuah penghormatan kepada beliau yang memang tersohor di persada perfileman negara.



Tan Sri Jins Shamsuddin, seorang tokoh dunia perfileman Melayu yang tiada tolok banding, memulakan kariernya seawal tahun 1956 dengan Malay Filem Productions di Singapura. Kini beliau bergerak aktif dalam pelbagai kegiatan masyarakat. Untuk penglibatan tersebut, beliau telah dilantik sebagai Senator pada tahun 2005.



Persembahan Imbauan 3 ini adalah susulan kepada kejayaan Imbauan 1 pada tahun 2008 yang menampilkan penyanyi Dato' Khadijah Ibrahim, dan disusuli oleh Imbauan 2 yang mengimbau lagu-lagu nostalgia nyanyian Normadiah, pada tahun 2010, yang menampilkan penyanyi Azlina Aziz, Liza Aziz and Musly Ramlee.



Pemuzik-pemuzik KSPP bakal dipimpin oleh pengarah muzik Ahmad Muriz Che Rose manakala penerbit persembahan ialah Hartini Hj Abdullah.



Kepada peminat-peminat Dayang Nurfaizah khususnya, jangan lupa saksikan persembahan lagu-lagu nostalgia dari filem-filem Tan Sri Jins Shamsuddin hanya di DFP.



Apa? Imbauan 3

Di mana? Dewan Filharmonik Petronas, KLCC

Bila? 28 Feb & 1 March 2011 (8:30pm)

Berapa? RM 60/ 50/ 30/ 15


Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails