Friday, March 4, 2011

Dayang Nurfaizah @ Imbauan 3, Dewan Filharmonik Petronas (Day 2) + Set List



Bunga Tanjung, Menanti Hari Esok, Esok Untuk Siapa, Gelombang dan Wajah Rahsia Hati.

Gemersik sekali suara Dayang Nurfaizah membawakan lagu-lagu klasik tersebut yang dipetik dari filem-filem arahan dan lakonan Tan Sri Jins Shamsudin di konsert Imbauan 3. Ini merupakan kali pertama Dayang dijemput untuk membuat persembahan di pentas penuh prestij, Dewan Filharmonik Petronas. Tambahan pula, suara lunak beliau diiringi oleh 51 pemuzik orkestra handalan dari Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS (KSPP).



Kami merasa amat bertuah dapat menyaksikan persembahan yang unik dan menggamit memori ini. Penonton turut bertepuk tangan ketika Dayang mendendangkan lagu Wajah Rahsia Hati dari filem Ali Setan.

Gandingan suara Roy dan Dayang Nurfaizah dalam lagu Si Paku Lanang, Sungguh Kau Istimewa dan Arti Cinta memang padan sekali.

Tan Sri Jins Shamsudin mendapat tepukan gemuruh kerana "turun padang" untuk menyanyikan sebuah lagu - Dari Masa Hingga Masa, dari filem lakonannya Panca Delima. Lagu tersebut ditulis oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Pemuzik-pemuzik KSPP dipimpin oleh pengarah muzik Ahmad Muriz Che Rose manakala penerbit persembahan ialah Hartini Hj Abdullah.



Thanks to Mr. Harry from DFP for the concert programme.



P/S. Kami juga terasa amat teruja dapar bergambar dengan Anuar Zain yang turut hadir memberi sokongannya untuk Konsert Imbauan 3 pada hari kedua. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails