Tuesday, July 19, 2011

Happy Birthday Dayang Nurfaizah!



Selamat Hari Jadi, Dayang!

Ha...Kalau nak tahu hari jadi ke-berapa Dayang, cuba tengok jari-jarinya tu. Heheh!

Sebenarnya hari jadi Dayang jatuh pada hari esok, 20 Julai, tetapi kami, fans Dayang telah membuat satu parti kejutan untuk Dayang pada Ahad lalu bertempat di Red Box Gardens....

Dengan bantuan pihak pengurusan DN, kami telah berpakat untuk membuat sambutan hari jadi Dayang tanpa pengetahuan Dayang. Dayang telah "ditipu" ke Red Box atas alasan dia telah dipilih untuk menghakimi pertandingan karaoke. Masuk sahaja Dayang ke bilik Red Box, kami semua menyerbunya dengan ucapan "SURPRISE!"

Terkejut besar dia. Hahah!

Temanya hijau dan hitam. Hijau seperti cover album Sayang & Cahaya dan hitam sebab itu adalah warna kegemaran Dayang.



Kek coklat Sayang & Cahaya....Yum!



Sukanya dia....



Bersama ayah dan ibu tersayang.



Kejutan dari Anuar Zain, yang tiba-tiba hadir di majlis sambli menyanyikan lagu Happy Birthday.



Duet impromptu "Kembalilah Sayang" atas permintaan ramai. Tonton videonya DI SINI.



Peminat-peminat Dayang & Anuar yang sungguh bertuah dapat menyaksikan "show" spontan! Bila lagi mereka berdua nak buat konsert duet besar-besaran? Mesti meletup, kan?



One for the album...HAPPY BIRTHDAY DAYANG! Semoga murah rezeki, panjang umur dan sukses selalu!

2 comments:

  1. mode : jeles. he he....

    i'm sure all of u had fun....

    ReplyDelete
  2. ada dpt jemputan utk hadir majlis ni, tapi x dpt pegi.. ada hal.. waaaaa sedey....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails