Sunday, July 31, 2011

Dayang Nurfaizah, Siti Nurhaliza, Lan Typewriter, Saiful Apek & Sepah @ Gegar Raya Kampung Pening Lalat RTM



Sudah lama Dayang Nurfaizah tidak digandingkan dengan Siti Nurhaliza di rancangan RTM. Kalau tidak salah, kali terakhir mereka berdua muncul di RTM adalah untuk rancangan Fenomena Raya tahun 2005. Sila klik untuk FULL STORY.



Rakaman Konsert Gegar Raya Kampung Pening Lalat yang berlangsung di Auditorium Perdana RTM semalam menyaksikan Dayang Nurfaizah menjadi tetamu undangan Siti Nurhaliza untuk rancangan raya tersebut.



Dayang tampil anggun dan seksi dalam kebaya rekaan Rizalman ketika mendendangkan lagi raya Setahun Sekali yang pernah dipopularkan oleh Amy Mastura.





Persembahan Dayang memang mantap tapi kami rasa penari-penari latar tuh macam tak sesuai dengan tema lagi raya. Baju merah dengan skaf lanun...Ish! Tak match langsung! Heheh!



Dayang kembali ke pentas dengan baju kaftan oren rekaan Rizalman juga untuk lagu Saat Itu yang dipetik dari album terbarunya, Sayang & Cahaya.



kalau nak tengok Beyonce pakai jubah kaftan...Inilah dia...Heheh!





Paduan suara tiga arah yang MELETOP dari Siti, Lan dan Dayang. If you have time to watch just only one song for this program, this is it! They sang a medley of Jeritan Batinku and Merisik Khabar. Phew! Best giler! Heheh!



Bergambar bersama abang-abang askar Wataniah selepas rakaman.



Jangan lupa tonton rancangan Gegar Raya Kampung Pening Lalat di RTM nanti ya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails