Tuesday, March 2, 2010

Dayang Nurfaizah @ Sidang Akhbar untuk Sambutan Hari Wanita Sedunia Bersama 3R

What? Press Conference for International Women's Day 2010 Celebration with 3R (Respect, Relax, Respond)

When? 2 March 2010.

Where? La Bodega Lounge, Bangsar, KL.

Who? Hosted by 3R - Tini, Celina & Rafidah.


3R akan menyambut Hari Wanita Sedunia dengan tema - "Equal Rights, Equal Opportunities, Progress For All" atau terjemahannya "Hak Saksama, Peluang Saksama, Bersama Kita Ke Hadapan."

Dengan sokongan UNICEF, 3R bergabung tenaga bersama JAG (Joint Action Group for Gender Equality) yang terdiri daripada All Women's Action Society Malaysia (AWAN), Women's Aid organisation (WAO), Sisters in Islam (SIS) dan Empower.



Dayang Nurfaizah turut menyumbangkan tenaganya untuk meraikan Hari Wanita Sedunia yang akan diadakan di Central Park Bandar Utama, Petaling Jaya pada 13 March 2010 (Sabtu), bermula pada jam 12 tengahari sehingga 8 malam.



Berbagai acara akan diadakan di sana kelak seperti perarakan/ walkathon (2km), Projek Sentuh (body & sexuality), gerai-gerai badan kebajikan dan bazaar menjual berbagai barangan seperti cupcakes, kraftangan dll.



Dayang Nurfaizah akan menyanyikan 2 buah lagu istimewa untuk semua. Antara artis-artis lain yang akan turut menghiburkan para pengunjung adalah Aizat, Azlan & the Typewriter, Vince Chong, One Nation Emcees dan Lah (VE).



Semua dijemput hadir dan mengambil bahagian dalam berbagai acara yang disedakan.

Jom berwalkaton bersama 3R, SMS Nama, No. IC, No. Telefon dan email ke 012 519 1763 atau emailkan butiran anda ke events.3r@gmail.com

Penyertaan adalah percuma !

T-Shirt 3R percuma (stok terhad) akan diberikan kepada para peserta walkathon. Jika anda mahukannya, daftarlah hari ini juga.



Aturcara Sambutan Hari Wanita Sedunia Bersama 3R

12.00pm Threadszoo Bazaar dan gerai NGO dibuka.
4:00pm Pendaftaran walkathon
5:00pm Pembukaan Majlis oleh Hos-hos 3R,Persembahan dari Extreme Malaysian All Stars (Pasukan Sorak)
5:05pm Ucapan oleh Datin Paduka Marina Mahathir
5:10pm Sesi Senaman oleh Celebrity Fitness
5:30pm Acara ‘Walkathon’ BERMULA
6:00pm Kumpulan Walkathon kembali ke Central Park
6:05pm Aktiviti bersama Hos-hos 3R
6.10pm Konsert Bermula !
8:00pm Penutup oleh hos-hos 3R



Semasa menunggu sidang akhbar bermula, saya sempat berbual-bual dengan Dayang.



Bila ditanya tentang persiapan untuk persembahan Dayang & Marcell di Hard Rock Cafe, Dayang berkata dia belum membuat apa-apa latihan lagi.

Menurutnya, Marcell hanya akan tiba ke Malaysia pada malam 5 March. Jadi, latihan bersama hanya akan diadakan pada 6 haribulan, sehari sebelum persembahan.



Dayang akan menyanyikan single ketiganya, lagu Inggeris berjudul, Life With You untuk pertama kalinya secara "live" di Hard Rock Cafe buat peminat-peminat semua.

Jadi, yang belum beli tiket tu, cepat-cepatlah ya! :)



Untuk maklumat lanjut mengenai Walkathon Sambutan Hari Wanita bersama 3R sila layari http://3r.com.my/

Tontoni video sidang akhbar di SINI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails